So, the purpose for this blog is saya sebenarnya nak serlahkan bakat penulisan saya. Saya harap korang semua boleh bantu saya untuk perbetulkan kesilapan saya. But, I am still an amateur so go easy on the comments. Saya sekarang ni tengah busy dengan sekolah dan well, stuff. So, I'll try to post as soon as I can. Bye. Di bawah ni adalah singkatan daripada cerita yang saya tengah tulis sekarang ni. So, ENJOY!! :)
Chapter 1
Angin sepoi-sepoi bahasa mniup lembut ke pipinya. Dia mendongakkan kepala dan sinaran matahari yang cerah menyirami mukanya. "Seronoknya dah balik Malaysia!", wanita itu berkata dengan gembiranya. Wanita tersebut terus meninjau ke sekeliling waiting area sehinggalah ternampak seorang wanita yang sangat dirinduinya.
"Mama!", dia menjerit dan terus berlari untuk mendapatkan insan yang sangat disayanginya. Sesampai sahaja di hadapan ibunya, dia terus mendakap wanita separuh umur itu dengan penuh rindu yang dia simpan selama beberapa tahun di luar negara. "Anak mama dah balik," kata wanita tersebut mencium kedua-dua belah pipi anaknya, "Alia mama dah balik." Mereka berdua terus berpelukan tanpa menyedari kehadiran orang lain di sekeliling mereka. "Hai! Mama je yang dia ingat. Habis tu, orang kat sini tak ingat dah ke?" Alia yang berada dalam dakapan mamanya terus memandang abang-abangnya yang sedang berdiri bersama troli begnya.
"Eleh! Buat apa nak ingat orang tu kalau orang tu pun tak pernah nak ingat kat kita. Betul tak, ma?", Alia pura-pura merajuk. Salah seorang daripada abang Alia, Amir terus berdiri. "Alang, angah. Dia dah merajuk la. Nak buat macam mana ni?" Aiman -a.k.a. Alang- dan Azam -a.k.a. Angah- terus berdiri sambil mendekati adik bongsu mereka. "Ada satu je cara, Along," kata Azam. "Kita kepung dia!" kata Aiman.
Alia yang tidak sempat mengelak terus masuk dalam dakapan ketiga-tiga abangnya. Dia terus menjerit kecil. Abang-abangnya terus tergelak, dan tak lama kemudian, Alia juga turut tergelak sama. Dia sangat rindukan abang-abangnya. Walaupun mereka sering bertengkar, tetapi mereka sebenarnya sangat akrab. Selepas berpelukan mereka semua bergerak menuju ke restoran fast food yang terdekat. Alia yang sedang bergelak ketawa bersama abang-abangnya tiba-tiba terlanggar dengan seseorang yang menyebabkan barang-barangnya terjatuh dari pegangannya.
SO, there it is. PDD harap pembaca sekalian dapat baca dan kalau ada apa-apa komen, please coomment nicely. Read, Have Fun, And Please JANGAN AMBIL CERITA NI!! Bye... LOVE YOU!!
Lovingly,
Penulis Dalam Diam...
SO, there it is. PDD harap pembaca sekalian dapat baca dan kalau ada apa-apa komen, please coomment nicely. Read, Have Fun, And Please JANGAN AMBIL CERITA NI!! Bye... LOVE YOU!!
Lovingly,
Penulis Dalam Diam...